Nuffnang

Monday, 28 February 2011

OKU Penglihatan menyanyi Turkish Song.. Best memang best..

Inilah video yang sempat saya rakamkan semasa hari persandingan rakan baik saya. Merdu sungguh alunan suara si penyanyi ini. suara yang tinggi tetapi bersahaja memang respect ar. Group ini terdiri dari Orang-orang Kurang Upaya Penglihatan. Mereka menghiburkan semua yang ada di dewan dari mula hinggalah orang-orang jemputan tinggal beberapa kerat sahaja. Karaoke pun ada. Mintalah apa lagu pun mereka boleh mainkan muzik untuk anda. Berbaloi kalau upah mereka ni kat kenduri kawin.Beberapa dari mereka ini adalah kawan-kawan saya sendiri. Syabas untuk mereka. Jadi sapa-sapa yang nak jemput mereka ini.

Alamak aku lak yang wat promosi. Bukan apa mereka ni orang kurang upaya. kalu kita tak bantu mereka, siapa lagi? Lagipun memang berbaloi. Jadi, sapa yang berminat tu blh la hubungi terus dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut:-

Mohd Zaki di talian 012 353 5955.

Diariku

Akhirnya aku dapat menghubungi Encik Wan iaitu peguam yang dilantik MARA. Cik Wan bagitau aku, aku mesti pergi ke MARA bersama Jaafar (owner Gading Cemerlang) dengan membawa surat-surat penting syarikat dan juga surat rayuan minta tangguh yang Jaafar kata sudah diluluskan MARA. Hal ini mungkin blh selesai jika semua dokumen tersbut ada. Barulah aku berasa lega sedikit.

Jadi malam ni, aku akan berangkat ke Kuala Lumpur dan esok aku akan ke MARA untuk menyelesaikan hal ni. Aku harap dapat settle kan masalah ni secepat mungkin dan bolehla aku memulakan perniagaan aku dengan segera.

Semoga Allah merahmati apa yang aku lakukan sekarang..
InsyaAllah..  

Saturday, 26 February 2011

Gambar-gambar HDR

Bukit air di Perlis mempunyai pemandangan yang cantik dan kawasan yang bersih.
Gambar menggunakan slow shutter speed.
Bukit Air di Perlis - Memang sesuai untuk perkelahan seisi keluarga.
Penggunaan Slow Shutter Speed

Suasana petang di Kg Nelayan Kuala Perlis.
Gambar diambil ketika mengikut seorang kawan ke Kg Nelayan

Pinggir Tasik Timah Tasoh.
Diambil ketika lalu di kawasan kaki bukit dan tetiba terpandang tempat ni, so apalagi.. Snap!!

Empangan Timah Tasoh
Cantik tak?
Ladang Getah di Kaki Bukit.
Ni masa first time dapat kamera D90, nak cuba tangkap gambar yang ber perspektif.

Kaki Bukit Gua Kelam.
Ni pun masa mula-mula dapat Nikon D90, gambar cuba-cuba

Kawasan sawah padi.
Banyak gak gambar sawah padi yang aku snap, tapi ni yang ok sebab yang lain tu ada lori la, motor la mcm2 la..

Senja di Kg. Nelayan Kuala Perlis Sunset View.
Gambar ni sewaktu dalam perjalanan nak pulang, lalu di jambatan dan tetiba nampak bot lalu kat tengah2 view pokok tu, aku pun.. Snap!!! 

Timah Tasoh dari Terinai.
Lepak kat Terinai nak tunggu burung-burung bangau lalu, tapi tak muncul-muncul, so ini lah yang aku snap sebelum pulang waktu senja tu







Friday, 25 February 2011

Diariku

25 Februari 2011, aku telah dikejutkan dengan berita tergempar buat diriku sendiri, yang mana aku diberitahu namaku telah disenaraihitamkan dan bakal diisytihar muflis (omg.. apa yg aku dah buat ni)..

Macam ni....

Pada 24 Februari 2011, pihak maybank telah memberitahuku bahawa current account yg aku buat pada 23 Februari tepaksa ditutup semula atas sebab nama aku telah disenaraihitamkan oleh Mahkamah Tinggi Melaka dan akan diishtiharkan muflis. Pihak yang mendakwa adalah MARA dgn peguam belanya Nik Nazri & Wan. Katanya lagi nama aku terpampang di akhbar NST bertarikh 22 Julai 2010.
Aduh!!! tersentak rasa jantungku.. Aku tahu aku pernah berurusan dengan pinjaman MARA. Akan tetapi pinjaman itu bukanlah di atas namaku. Aku hanyalah rakan kongsi yang mendapat sedikit bahagian sahaja dan aku bukanlah pemilik syarikat.

Aku rasa tak puas hati, lalu aku mulakan sisatan aku sendiri....

Pihak pertama yang aku talipon ialah MARA. Setelah 6 kali aku disambungkan kepada extension2 yg lain, akhirnya aku dapat juga bercakap dengan orang yang sepatutnya. Aku mula bertanya mengenai masalah yang aku hadapi. Lalu dia meminta nombor IC ku dan aku telah menyebut satu persatu dengan terang. Selepas beberapa minit aku menunggu di talian, dia kembali melayani panggilanku, katanya "saya dah semak nama encik, tapi nama encik tiada dalam senarai kami". Lalu dia bertanya nama syarikat yang aku join kejap dulu tu.. Aku pun bagi.."Gading Cemerlang Enterprise cik, kedai dulu di Setiawangsa". Sekali lagi aku terpaksa menunggu beberapa minit. Kemudian dia kembali dan... "saya dah semak, memang syarikat ni ada masalah, masih berhutang sebanyak RM 30 000.00". Tiba-tiba aku rasa menyirap. Panas hati aku dengar. Kemudian aku minta dia semakkan fail Gading Cemerlang dan tengok jika nama aku masih ada di situ. Tapi malangnya aku tak dapat keputusannya waktu tu.. " Maafla encik, saya x dapat semak sekarang, tapi saya akan buat semakan dengan orang yang sepatutnya dan setelah saya dapat butir2nya, saya akan hubung encik".

Aku mula menalipon kawan2 lamaku di Kuala Lumpur untuk bertanyakan nombor talipon partner lamaku. Ramai yang aku kol waktu tu semua tak berangkat. Aku dah naik tension. Kemudian seorang kawan yang aku panggil Guru menalipon aku semula.."ha Shah, kenapa?". Aku pun beritahu dia yang aku nak mintak nombor pon Jaafar. Lalu dia pun bagila kat aku.. Aku mula menalipon Jaafar, tak berangkat. Banyak kali juga aku kol, tapi masih tak angkat..

Kemudian aku kol oarang Maybank. Aku tanya sekali lagi masalah nama aku tu. aku beritahu dia aku dah kol MARA KL dan nama aku tiada. Lalu orang tu  beritahuku, "bukan MARA KL encik, tapi MARA Melaka". Wah.. ni dah makin kusut dibuatnya.. Bila pulak aku wat urusan ngan MARA Melaka?". Takpe lah, aku kol MARA Melaka. Tapi namaku masih tiada dalam list MARA Melaka. Orang tu kata "saya dah cek nama encik memang tiada dalam senarai orang yang pernah berurusan dengan MARA Melaka, saya jarakkan nama encik tiada, saya rapatkan nama encik pun tiada, saya masukkan nombor IC encik pun takde jugak". Aku dah mula pening.

Kemudian aku mencari berita mengenaiku di internet. Alangkah terkejutnya aku bila laman yang aku buka tu adalah senarai mahkamah tinggi melaka dan nama aku tersenarai di dalamnya.

Aku pun mula mencari nombor talipon Mahkamah Tinggi Melaka dan dapat. Malangnya aku disuruh ke sana jika ingin menyemak butiran mengenai kes aku tu dan urusan carian maklumat tidak boleh melalui talian talipon.

Pada senarai tu ada nama peguam bela & peguamcara. Aku cari lagi kat internet, dan akhirnya aku jumpa. "Selamat petang cik, saya nak tanya pasal kes saya". Dia pun meminta no kes dan aku berikan. Kemudian dia memberitahuku orang yang menguruskan kes aku tu ada ditalian tengah engaged dan akan menaliponku semula. Aku pun tinggalkan no talipon.

Sementara menunggu panggilan dari lawyer tu, aku cuba lagi talipon Jaafar dan kali ni dapat. "Ha Shah, aku ingat sapa. Lama tak dengar suara kau". Aku pun menyampuk, " ha tu la, sebenarnya aku ada hal nak tanya, pasal pinjaman Gading Cemerlang". Belum sempat aku habis, dia pulak mencelah, "Aku belum langhsaikan lagi, tapi aku dah buat surat rayuan menyatakan yang aku mintak bayaran pinjaman ditangguhkan buat seketika atas masalah-masalah yang akui hadapi dan MARA dah luluskan rayuan aku tu. Kalau kau tak percaya kau datang sini dan aku bagi kau tengok surat tu". Aku pelik gak, kenapa MARA masih timbulkan kes ni jika Jaafar dah buat macam apa yang dia cakap tadi. Kemudian aku ceritalah apa sebenarnya yang dah berlaku. Lalu Jaafar berkata, "Ni kes lain kot. Kalau pasal Gading Cemerlang tak mungkin sebab aku dah buat surat". Betul juga kata Jaafar tu..

Tiba-tiba aku teringat Nik Nazri & Wan, aku kol semula lawyer tu. Kali ni orang tu minta nama aku dan aku bagi. Kemudian aku ceritakan pada dia masalah yang berlaku yang aku sendiri pun tak tahu. Lalu dia minta nama syarikat aku join tu. Bila dia dengar je Gading Cemerlang Enterprise, dia terus bersuar, "ok, saya ingat nama tu, kes tu dari pihak MARA dan encik adalah penjamin". Semakin tak masuk akal dah kes aku ni. "Apa!! penjamin? Saya bukan penjamin, yang jadi penjamin abang ipar saya dan saya rakan kongsi. Macammana boleh jadi macam ni cik? Kenapa pemilik syarikat tu tak kena, tapi saya pulak yang kena?". Lalu lawyer tu kata, "Macam ni la cik, kes bawah jagaan En. Wan dan dia dah balik, hari Isnin cik blh kol semula atau tinggalkan no pon dan En.Wan akan kol cik semula" Aduh.. tadi kata engaged, takpelah, hari Isnin nanti aku kol semula.

Monday, 21 February 2011

Kamera Pertamaku

Nikon D90, kamera yang aku gunakan..

1st Try..

Hari ini aku menghadiri kursus Pembinaan Blog di kolej Komuniti Arau Perlis. Bermula jam 2.00 petang hinggalah jam 5.00 petang. Dan sekarang ini aku sedang mencuba membina blog ku sendiri. Inilah percubaan pertamaku.. Selamat berjaya to myself.. Gambar yang cantik ni pula bukanlah gambar cubaan ku yang pertama yang kutangkap sendiri tetapi gambar pertama yang aku upload untuk blog percubaan pertamaku yang aku dapatkan dari internet.

Nuffnang