Kepada sesiapa yang gagal melepasi proses "boot" windows, pasti anda akan berasa risau kerana risau data-data penting yang terdapat di dalam hard disk anda hilang apabila terpaksa "reformat". Sebenarnya ada jalan penyelesaiannya tanpa selain reformat.
Kegagalan sistem "boot" windows mungkin berpunca dari kerosakan fail-fail window atau error pada sektor-sektor tertentu di dalam hard disk. Perisian berniat jahat seperti antivirus palsu juga moleh merampas sistem windows dari kawalan anda. Untuk menyelamatkan komputer anda dari masalah ini, anda cuma perlu menggunakan sistem "Hiren's BootCD". Sistem penyelamat ini pasti tidak mengecewakan anda.
Sistem ini banyak aplikasi yang berguna, ringkas dan menyediakan banyak pilihan bagi yang mengalami kerosakan Windows. Terpulang kepada anda untuk memilih aplikasi yang sesuai bagi sesuatu masalah kerana setiap kategorinya ada pelbagai pilihan. Sebelum fail (format ISO) dirakam pada CD/DVD, isi serta caranya beroperasi boleh dilihat terlebih dahulu menerusi perisian "Oracle VM VirtualBox".
Menerusi "Oracle VM VirtualBox", anda boleh mendapat gambaran sebenar cara sistem penyelamat ini berfungsi.
LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN
Langkah 1:
Mula-mula download Hiren's BootCD. Kemudian "Oracle VM VirtualBox" pula. Kemudian tempatkan kedua-dua fail berkenaan ke dalam satu folder.
Langkah 2:
Extract atau unzip Hiren's BootCD.Sebaik sahaja di ektrak atau unzip, anda boleh menemui sebuah fail yang berlebel Hiren's BootCD 13.1.iso bersama fail lain. Antaranya fail aplikasi BurnCDDC.exe yang boleh digunakan untuk Burn pada CD/DVD. Manakala fail berlabel HBCD.txt pula menyenaraikan pelbagai aplikasi yang disertakan. Anda boleh membuka fail tersebut untuk melihat senarainya.
Langkah 3:
Sebelum meninjau muatan perisian ini, pastikan perisisan Oracle VM VirtualBox sudah dipasang ke dalam sistem anda. Apabila sudah dipasang ke dalam sistem,. anda boleh membina sebuah virtual machine menggunakan fail perisian Hiren's BootCD yang berformat ISO. Mulakan dengan klik butang "New" pada tetingkap utamanya. Kemudian ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai.
Langkah 4:
Setelah Virtual Machine berjaya dicipta, anda boleh membuat beberapa ketetapan tambahan. Teruskan dengan mengklik pada butang "Settings". Di situ anda boleh memilih kategori-kategori yang tersenarai de sebelah kiri tetingkapnya. Menerusi kategori berlabel "Storage", anda boleh memuatkan fail ISO tadi untuk membolehkan anda menukar ketetapan sedia ada dalam beberapa kategori lain. Setelah berpuas hati klik butang "OK".
Langkah 5:
Kini anda boleh meninjau segala muatan dan cara sistem "Hiren's BootCD" beroperasi menrusi virtual machine yang sudah dibina. Jadi, teruskan dengan klik butang "Start" pada tetingkap utama Virtual Box. Ini akan memulakan proses "boot" sistem Hiren's BootCD secara maya. Menerusi tetingkapnya, anda boleh melihat senarai sistem "boot" untuk dipilih.
Langkah 6:
Apabila proses "boot" sempurna, di penjuru sebelah kiri dan dan bawhnya ada butang "Start". Di bahagian desktop pula ada beberapa ikon pintasan aplikasi yang disertakan. Ini meliputi ikon "Mount Removable" yang boleh mengakses pemacu USB apabila dihubungkan kepada sistem atau komputer anda. Ikon yang berlabel HBCD Menu pula untuk mengakses pelbagai aplikasi yang disertakan.
Langkah 7:
Seterusnya klik menu berlabel "Programs" pada tetingkap Hiren's Bootcd untuk meninjau senarai aplikasi tambahan yang disertakan. Satu lagi cara dengan klik pada butang "Browse Folder". Aplikasi "Remove Fake Anitivirus" misalnya, disenaraikan dalam kategori Antivirus/Spyware. Sementara itu, kategori backup turut menyediakan pelbagai aplikasi berguna seperti "DiskImage". Jika ada masa, anda boleh melihat pelbagai aplikasi dalam kategori lain seperti Browsers/File Managers.
Langkah 8:
Lihat kategori pada menu "Start" turut menawarkan beberapa aplikasi dan pilihan berguna. Sebahagian aplikasinya seperti yang termuat dalam sistem Windows yang sebenar. Pilihan internet misalnya membolehkan anda melayari internet menerusi pelayar web Opera. Manakala pilihan Registry Editor boleh digunakan untuk mengesan jejak virus. Sebetulnya anda boleh membuang virus, malware atau antivirus palsu secara manual menerusi aplikasi "Registry Editor" tetapi anda perlu tahu caranya dengan betul.
Langkah 9:
Dalam kategori "Programs" tadi anda juga boleh melihat pilihan Windows Explorer. Selain itu, ikonnya terdapat di penjuru kiri dan bawah bahagian desktop. Apabila pilihan ini diklik, tetingkapnya akan dibuka. Menerusinya anda boleh mengakses pemacu "partition", direktori/folder,m serta fail-fail dalam komputer yang bermasalah. Contohnya, anda boleh menyalin dan memindahkan data penting ke dalam pemacu USB, atau anda boleh membuang fail antivirus palsu yang disembunyikan dalam folder tertentu.
Langkah 10:
Menerusi kategori "Settings", anda juga boleh mengakses beberapa aplikasi penting yang disediakan. Apliokasi Disk Management contohnya, boleh digunakan untuk mengurus cakera sistem yang bermasalah. Antara fungsinya boleh memformat "partition" dalam hard disk. Jika perlu anda boleh mencari fail-fail yang termuat dalam hard disk sistem. Setelah puas meninjau aplikasi yang terdapat dalam sistem "Hiren's BootCD ini, anda boleh merakam failnya untuk mencipta cakera penyelamat.
Moga berjaya...
Hiren"s Boot CD
Oracle VM Virtual Box
Sumber: Majalah PC
No comments:
Post a Comment